Legasi Sukan Olimpik Musim Panas 1992

Penganjuran Sukan Olimpik di Barcelona telah memberi impak yang sangat besar kepada bandaraya tersebut. Temasya ini telah mengembangkan prasarana, meningkat kualiti hidup penduduk serta menjadikan bandar tersebut sebagai pusat pelaburan dan pelancongan.[13] Kini, Barcelona telah menjadi bandar yang paling banyak dikunjungi di Eropah selepas Paris, London dan Rom.[14][15]

Setelah memenangi hak penganjuran, Barcelona telah melakukan transformasi urban secara besar-besaran untuk mengindahkan bandar tersebut.[13] Pantai Barcelona telah diindahkan dan dibuka kepada pelancong dan penduduk buat kali yang pertama.[16] Sempena penganjuran Sukan Olimpik 1992, pusat sukan yang baharu telah diwujudkan, hotel-hotel yang sedia ada diperbaharui manakala hotel baharu telah dibina, jalan keliling baharu yang dibina telah mengurangkan kesesakan jalan raya dan Lapangan Terbang Barcelona telah dimodenkan dan diperluaskan.[17]

Projek-projek tersebut telah menyebabkan limpahan kos bagi penganjuran Barcelona 1992 mencecah 266%.[18] Walau bagaimanapun, projek-projek tersebut telah memberikan manfaat yang sangat besar terhadap bandar tersebut dan pendekatan Barcelona (digelar juga sebagai "Barcelona Model") telah dicontohi oleh bandar-bandar tuan rumah Sukan Olimpik yang lain.[19][20]

Rujukan

WikiPedia: Sukan Olimpik Musim Panas 1992 https://stillmed.olympic.org/Documents/Reference_d... https://web.archive.org/web/20160814215458/https:/... http://www.olympic.org/en/content/Olympic-Games/Al... https://wayback.archive-it.org/all/20140107032344/... http://www.olympic.org/barcelona-1992-summer-olymp... https://www.nytimes.com/1991/11/07/sports/olympics... https://web.archive.org/web/20110630134859/https:/... https://www.gamesbids.com/eng/past.html https://www.nytimes.com/1986/10/18/sports/barcelon... https://www.google.com/books/edition/Dream_Team/-8...